Thanks for Stalking .

Thursday, August 4, 2011

Dunia Tidak Pandang Si Kecil .

Seperti hari yang sebelumnya , hari ini , Hari Khamis . Si Semut datang ke sekolah . Tempat duduk nya masih lagi di tepi tingkap , barangkali mudah menghirup udara . Dan seperti kebiasaannya , mata - mata di dalam kelas hanya memandang ke hadapan . Terasa di pinggirkan .
Si Semut mahu kan perhatian . Cemburu melihat Si Anak Emas sentiasa di utamakan , ingin sekali dia merasa sebegitu . 
Mungkin aku patut mengubah tempat duduk aku , katanya . 
Selang beberapa hari dia duduk di paling hadapan setelah di beri kebenaran , di rasakannya tiada perubahan . Apa lagi yang patut Si Semut lakukan ? 
Mungkin aku patut lebih menonjol , kata nya . 
Keesokannya , dia ke sekolah seperti biasa . 
Siapa boleh tunjuk bagaimana rupa jantung Semut ? , tanya cikgu . 
Dengan pantas tanpa berfikir , Si Semut membelah dada nya dan mengeluarkan jantung nya, kerana ingin mendapat perhatian .
Ini cikgu ! , jerit Si Semut . 
Seluruh isi kelas bertepuk terpegun dengan keberanian Si Semut . Bersorak . Saat yang di tunggu Si Semut , menjadi perhatian .
Dan ketika itu lah Si Semut sedar , diri nya berhenti bergerak . Lalu mati . 
Ya , Si Semut mati .
Hari yang seterus nya , tetap mata - mata tertumpu di hadapan .
Tiada siapa menanya perihal Si Semut selepas itu . Kenapa ? 
Kerana dia hanya Si Semut .